Sepak takraw merupakan sukan tradisi yang perlu kita pelihara dengan baik.
Baru-baru ini, saya telah bertemu pimpinan Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) bagi membincangkan langkah-langkah sokongan yang diperlukan.
Mengikut keperluan yang mereka kemukakan, saya telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada PASTAM.
Perbincangan mengenai program-program pembangunan akar umbi serta sokongan kepada pasukan profesional juga akan diteruskan dari semasa ke semasa melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri serta pihak-pihak lain yang berkaitan. Ini bagi memastikan usaha bersama kita ini dilaksanakan secara holistik.
Keutamaan kita adalah memastikan setiap ringgit yang dilaburkan memberi impak besar kepada arena sepak takraw negeri dan secara tidak langsung kepada kebangsaan.
Saya yakin dengan sokongan KBS, PASTAM akan terus mengorak langkah lebih maju mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan berprestij, seperti yang telah kita saksikan dengan kejayaan mereka menamatkan kemarau 39 tahun Piala Emas Khir Johari baru-baru ini.
Selamat maju jaya kepada Datuk Akramuddin, PASTAM dan atlet-atlet kita! 🙌
Keep in touch! 🇲🇾

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011