Bermula esok, saya akan berada di Melaka untuk Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Esok jam 3 petang, saya akan memulakan program di IKTBN Alor Gajah untuk meraikan Hari Lestari IKTBN Rakan Bumi: Program Penanaman 300 Pokok.
Kemudian pada sebelah malam, akan berlangsung Malam Solidariti Palestin di Pentas Utama, Dataran Pahlawan.
Pada hari Sabtu, Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula jam 10 pagi.
Konsert RIUH x Hari Belia Negara akan bermula seusai majlis perasmian pada jam 3 petang dan berlangsung sehingga lewat malam, serta akan bersambung pada hari Ahad.
Pelbagai program menarik lain telah kita susun berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda.
Saya jemput semua untuk hadir dan sama-sama meraikan Hari Belia Negara bersama kami.
Mana lagi? Melaka ler!
Belia Malaysia, Yakin Boleh!

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :