Dalam Ucapan Dasar Ketua AMK pagi tadi, saya petik Gurindam Dua Belas (Raja Ali Haji) sebagai penutup ucapan untuk dijadikan pedoman teman-teman AMK yang berhimpun hari ini.

Ini gurindam pasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.

Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.

Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.

Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

#KEADILAN

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011