Beberapa dekad lalu, 15 Mei diisytihar sebagai Hari Belia Negara untuk mengiktiraf peranan dan suara golongan muda, hasil dari desakan yang dipimpin oleh Encik Anwar Ibrahim, Presiden MBM ke-6.

Pagi tadi, kembali sebagai Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turun untuk bersama anak muda meraikan sambutan Hari Belia Negara 2023 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sambutan Hari Belia Negara tahun ini melakarkan sejarah di mana ia dianjurkan sendiri oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama JBSNegara. Tahniah buat Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan pasukan.

Saya turut ambil peluang untuk melawat Jelajah Genta Belia yang selepas ini bakal diadakan di seluruh pelusuk negara.

Turut menjadi tumpuan hari ini anak-anak muda yang terlibat dalam lapangan TVET menerusi Karnival TVET TABAH x MyFutureJobs 2023. Mereka adalah nadi penggerak kepada enjin pembangunan negara.

Semoga belia-belia harapan negara dapat terus melangkah berani dan mandiri sebagai bangsa besar Malaysia.

Ini Masa Kita!

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011