Alhamdulillah semalam Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya telah mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya.
Terima kasih diucapkan kepada Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka; YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka: Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; barisan EXCO dan Timbalan EXCO serta rakan-rakan ADUN Negeri Melaka; Ts Dr Nagulendran, Ketua Setiausaha KBS; En Khairul Adri, Pengarah JBSN Melaka, Majlis Pimpinan Negeri dan Ketua-ketua Cabang serta Ranting KEADILAN Negeri Melaka dan Hang Tuah Jaya; Ketua dan Pengarah Jabatan serta agensi; wakil-wakil kementerian serta pemimpin-pemimpin masyarakat berbilang latar atas kesudian menyerikan majlis kami.
Syukur semuanya berjalan lancar walaupun sedikit hujan pada waktu petang. Serba meriah dan mesra. Makanan juga cukup-cukup.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya dan yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar, pengusaha-pengusaha makanan tempatan yang semuanya daripada Hang Tuah Jaya, kugiran The Bless Band serta semua rakan taulan dan hadirin yang sudi turun dari jauh dan dekat bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Merah menyala si burung nuri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari saya, isteri, keluarga dan warga Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya.

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011