Menteri KBSMalaysia, YB Hannah Yeoh selesai menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Temasya Sukan Para ASEAN Edisi Ke-12, Cambodia 2023. Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN akan diketuai oleh Chef de Mission, Cik Noor Syahieda Mat Shah sementara Angeline Melissa Anak Lawas dari sukan Boccia dipilih sebagai pembawa bendera. Majlis sebentar tadi ditutup dengan bacaan ikrar yang dipimipin oleh Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dari sukan.

Kontinjen Malaysia kali ini diwakili oleh 228 anggota, termasuk 144 orang atlet dan 84 orang pegawai. Mereka akan bersaing dalam 13 penyertaan menerusi 153 daripada 429 acara sukan yang dipertandingkan.
Selamat berjuang, kebanggaan negara. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan anda. Jumpa di Kemboja!

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011