Saya meluangkan masa tempoh hari dalam selang masa di Parlimen untuk melawat Adik Khayla Azzahra di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Adik Khayla memerlukan baki dana sebanyak RM152,000 untuk kos pembedahan di Hospital Renji, China.
Sebelum ini, Adik Khayla telah menjalani Kasai Procedure, namun tetap memerlukan pembedahan pemindahan hati dengan segera.
Urusan penderma hati telah diselesaikan oleh PPUM dan pihak-pihak yang bersama, tetapi kini Adik Khayla masih memerlukan sokongan untuk memenuhi kos pembedahan yang diperlukan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun NGO yang dipertanggungjawabkan oleh keluarga untuk urusan dana pembedahan dan keperluan Adik Khayla serta keluarganya di China.

551575307417 [Maybank]
Rujukan: Bantuan Khayla BA
Terima kasih atas bantuan anda untuk Adik Khayla ❤️

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :

Adam Adli

Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan

Hubungi saya

Alamat

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana, Presint 3, 62570 Putrajaya

Telefon rasmi

03-8871 3011