Sekolah Rukun Negara siap diluncurkan hari ini!

SRN diharap menjadi tapak permulaan bagi pendidikan politik dan demokrasi yang lebih meluas buat setiap lapisan belia dalam negara ini.

SRN pagi ini diluncurkan di UKM, dengan keterlibatan oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI) UKM.

Dua jam dialog tanpa henti yang disusuli dengan pengumuman rasmi ‘pembukaan’ Sekolah Rukun Negara.

Perancangan SRN bermula sejak Januari, dengan pembangunan modul berlangsung pada Februari dan Mac yang melibatkan sebilangan individu dan organisasi pelbagai latar.

Disusuli kemudiannya dengan libat urus bersama wakil-wakil sayap pemuda parti-parti politik kerajaan dan pembangkang pada Mei lepas.

Dua bulan modul diuji di seluruh negara, dengan sasaran asal seramai 6000 peserta percubaan; angka sasaran dipertingkatkan kepada 16,000 menjelang Julai.

Hari ini, Sekolah Rukun Negara siap untuk digerakkan secara terbuka selepas lama dalam inkubator.

Sekolah Rukun Negara akan digerakkan oleh i-Lead, Rakan Muda (di bawah Rakan Demokrasi) dan IMPACT secara fizikal dan atas talian.

SRN juga sedia untuk dijadikan program yang boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berhasrat; baik NGO, pertubuhan pelajar, mahupun mana-mana pihak tanpa mengira latar.

Anggap ini sebagai usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan pemeliharaan semangat demokrasi yang sihat terus digalak dan disuburkan dalam kalangan belia kita.

Jumpa di Sekolah Rukun Negara!

#SekolahRukunNegara
#MalaysiaMadani

*Sebarang berita adalah atas tulisan sumber luar, melainkan dinyatakan. 

Post Tags :

Share :